Dalam melengkapkan hubungan sesebuah institusi kekeluargaan, kehadiran anak dapat meningkatkan keceriaan dan kebahagiaan. Kehamilan merupakan anugerah terindah namun di atas kegagalan mendapatkan cahaya mata, mungkin boleh membawa kepada penderitaan dan saling tuding menuding diantara pasangan. Punca gagal hamil mungkin sahaja datang daripada suami mahupun isteri.
Bagi mengenal pasti punca sebenar kepada permasalahan ini, pasangan suami isteri perlulah menjalani rawatan kesuburan bagi mencari solusi kepada permasalahan ini.
Perkara Yang Menyumbang Kepada Ketidaksuburan
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyumbang kepada ketidaksuburan diantara pasangan yang belum berjaya hamil. Bagi mengekalkan tubuh yang sihat, anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan pemakanan seimbang serta senaman bagi mengekalkan berat badan ideal penting kerana semua itu turut menyumbang kepada tahap kesuburan individu.
Selain itu, kemungkinan masalah kesihatan lain seperti kemungkinan menghidap penyakit kencing manis dan sebagainya juga boleh menjadi masalah kesihatan lain juga boleh menjadi punca kepada masalah kesuburan mereka. Walau apa juga keadaannya, katanya, pasangan suami isteri perlu berjumpa doktor di klinik rawatan kesuburan untuk memastikannya. Klik sini!
Ujian Kesuburan Perlu Di Lakukan
Ujian hormon darah akan dilakukan oleh doktor ke atas wanita.’Hormon Anti-Mullerian’ merupakan salah satu kaedah ujian. Ujian ini dapat menganggarkan jumlah telur wanita yang ada. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan ‘tubal patency’.ujian ini bertujuan untuk mengetahui samada tiub fallopian wanita itu tersekat atau sebaliknya. Bagi mengenal pasti bilangan motiliti dan bentuk serta kualiti air mani seseorang lelaki, mereka perlu melakukan ujian air mani. Teruskan membaca disini!
Sokongan Penting Dalam Perhubungan Sebelum Menjalani IVF Di Malaysia
Ketika sesi perundingan kedua-dua pasangan perlu ada bersama. Doktor akan memeriksa
Rahim dan ovari menggunakan ultrasound.Perbincangan menyeluruh akan diadakan dengan pasangan.
Anda dinasihatkan menjalani ujian kesuburan jika belum pernah melakukannya. Hal ini, bagi mengenalpasti punca sebenar dan mempertimbang penyelesaiannya. Rawatan IVF (in-vitro fertilisation) merupakan salah satu rawatan kesuburan yang boleh dilakukan.
Bagi mengurangkan kesan ketegangan emosi, kemurungan dan kekecewaan, sokongan antara satu sama lain antara pasangan keluarga dan rakan adalah sangat penting. Anda dan pasangan perlu menyokong diantara satu sama lain dalam hal ini. Jika anda merasa ada sesuatu yang perlu diluahkan, anda bole mendapatkan khidmat daripada kumpulan sokongan dan kaunselor.
Selain itu, anda juga turut boleh mendapatkan maklumat mengenai apa itu IVF agar anda lebih memahaminya. Dalam tempoh percubaan, kesihatan mental dan emosi yang baik harus ada. Emosi dan mental yang stabil perlu diteruskan semasa anda hamil. Sentiasa ingat bahawa anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Hubungi kami!
Usahakan Untuk Bertemu Pakar Kesuburan
Kepada pasangan yang sudah setahun berkahwin tapi masib belum mendapatakan zuriat dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesuburan bagi mengetahui puncanya. Di sana, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai tips IVF jika anda berminat untuk melakukannya. Dapatkan juga maklum balas pengalaman IVF daripada mereka yang pernah menjalaninya.
Tambahan pula, jika wanita itu sudah mencecah umur 35 tahun ke atas wajib berjumpa pakar kerana kadar kesuburan semakin menurun sejajar dengan peningkatan usia. Pada usia ini, kualiti ovari mungkin menjadi lebih rendah dan bilangan telur yang semakin berkurangan.
Selain itu, rawatan atau prosedur yang mungkin mengakibatkan masalah ketidaksuburan seperti rawatan kanser atau pernah menjalani pembedahan yang berkaitan dengan organ reproduktif wanita seperti pembuangan tiub fallopian adalah antara faktor yang perlu diambil perhatian. Hal ini, kadar kesuburan boleh terkesan kerana semua faktor berkenaan.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan potensi proses IVF berjaya daripada pakar kesuburan. Selain daripada rawatan ini, terdapat beberapa lagi rawatan yang boleh dipertimbangkan. Bagi setiap rawatan mempunyai kaedah, harga dan potensi kejayaan yang berbeza-beza. Harga IVF di Malaysia adalah tidak sama dan bergantung kepada pengalaman pakar kesuburan dan juga tempat rawatan ini dilakukan. Whatsapp kami sekarang!