Maklumlah bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk membeli rumah pertama mereka, dan mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang yang biasa. Anda tersilap langkah, pembelian rumah boleh menghancurkan hidup seseorang.
Sebenarnya, beli rumah pertama tidak senang dan tidaklah sesusah orang kata, asalkan tahu cara yang betul. Jika anda sediakan diri anda dengan ilmu dan cara yang betul, banyak masalah yang anda boleh elak masa nak beli rumah nanti.
Kalau tidak, anda tidak boleh salahkan orang lain melainkan atas kesilapan anda sendiri. Oleh sedemikian, wajib untuk anda tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses membeli rumah.
Jika anda hendak mengetahui tips beli rumah pertama, cuba hadamkan apa yang artikel ini cuba sampaikan.
Tip 1: Beli Untuk Pelaburan Atau Untuk Didiami?
Andai hendak membeli rumah pertama dengan tujuan adalah untuk didiami, susah untuk anda melakukan pembelian yang lain. Lagi sukar jika rumah yang dibeli itu memakan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan anda.
Oleh itu, anda hendak mengira semua kos-kos yang tersembunyi dengan kalkulator loan rumah supaya aliran tunai anda tidak terganggu.
Tip 2: Beli Sekadar Mengikut Kemampuan Sendiri
Untuk rumah pertama, anda tidak semestinya harus beli yang mahal atau yang besar terus. Sebabnya semakin besar rumah itu, semakin mahal harganya. Dengan kata lain, anda perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli rumah itu. Layari laman web kami untuk tips yang lebih lengkap.
Anda harus mengkaji sebanyak mana pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Anda boleh menyasarkan rumah, kecil, mudah dan murah sebagai matlamat pembelian anda.
Tip 3: Buat Untung Masa Membeli
Pertama, anda perlu ingat apa tujuan utama anda membeli rumah, iaitu untuk pelaburan bukan untuk kerugian. Bila untuk pelaburan, anda mesti kira peratusan pinjaman perumahan dan keuntungan minimum anda harapkan.
Jadi, anda perlulah rajin mencari rumah di bawah harga pasaran. Sebaiknya, cuba cari rumah yang 20% di bawah pasaran.
Tip 4: Kaji Harga Rumah Terdahulu
Membeli rumah bukanlah seperti borong di pasar raya. Anda perlukan bantuan ejen hartanah dalam urusan jual-beli hartanah atau cara kira loan rumah. Ini dapat menyenangkan urusan anda untuk membeli atau menjual rumah tersebut.
Selain itu, anda juga perli kira berapa harga rumah yang anda layak untuk beli. Misal kata, anda hanya, layak untuk membuat pinjaman sebanyak RM 350,000. Anda boleh mencari rumah yang dibawah harga itu.
Tip 5: Patut Beli Rumah Dulu Atau Kereta
Beli kereta dahulu atau rumah terdahulu? Soalan ini sering menjadi pertanyaan antara orang muda. Terdapat dua perkara mustahak yang perlu anda ketahui. Anda membeli rumah kerana dia merupakan aset yang berharga untuk jangka panjang. Sebelum anda memulakan keluarga, anda digalakkan mencari rumah yang anda mampu milik supaya dapat meringankan beban kewangan anda.
Sebaliknya, kereta lebih berpihak kepada liabiliti dan mempunyai susut nilai yang tinggi berbanding hartanah. Jika anda hendak mengambil risiko dengan membeli kereta, sudah pasti DSR anda akan bertambah.
Tip 6: Bijak Mengawal Nafsu
Bila anda membuat pinjaman beli rumah yang islamik untuk pertama kali, sudah pasti anda akan teruja. Dengan iklan dan pakej yang menarik, terus rasa nak beli.
Walaubagaimanapun, tenangkan diri anda terlebih dahulu. Jangan membuat keputusan yang terburu-buru kerana anda hendak menanggung akibatnya nanti. Buatlah kajian sehabis-habisnya dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli rumah.
Tip 7: Buat Apa Nak Tangguh? Beli Cepat!
Sesiapa saja akan tertarik dengan tawaran menarik. Siapa yang tidak mahu beli dan tinggal di rumah yang sebesar istana yang dikelilingi dengan kolam dan kemudahan yang berkelas dunia? Jika anda mempunyai kemampuan yang lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli rumah jika harga rumah itu berpatutan. Janji anda membeli mengikut kemampuan kewangan anda.